Kami bersedia menerima kembali buah yang telah anda beli dari kami dan memulangkan wang anda, ataupun anda boleh menukarkannya dengan buah lain, dengan syarat-syarat berikut :

  1. Jika buah yang anda beli dari kami elok di luar tapi rosak di dalam, dan 60% daripada isinya tidak boleh dimakan.

  2. Hendaklah beritahu kami secara whatsapp beserta gambar kerosakan tersebut, dalam masa 12 jam dari waktu menerimanya.

  3. Kos pengambilan/penghantaran tukaran buah hendaklah ditanggung oleh anda.

  4. Tukaran buah tertakluk kepada availability semasa atau boleh dimasukkan dalam pembelian anda pada masa akan datang.

Kami sedaya upaya akan memastikan setiap biji nenas yang kami jual adalah terbaik kualitinya. Dan adalah menjadi keutamaan kami supaya anda menikmati keenakan Nanas MD2 keluaran kami tanpa sebarang masalah.